Jumaat, 16 November 2012

Guru Biasiswa..

Semenjak aku posting, ini tahun kedua aku menjadi guru biasiswa. Rupanya rumit jugak uruskan benda alah ni. Daripada sekecil-kecil maklumat sampai la sebesar-besar maklumat tentang budak kena cari. Kadang2 tu pening kepala jugak. Ada borang tak lengkap la, tak hantar la, salah isi la n macam2 lagi. Tapi, kena betulkan balik. Yalah nak budak ni dapat hak diorg.

Urusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Komputer Riba 1 Malaysia, KWAMP semuanya kena urus n cari pengalaman sendiri. Paling tragis tahun ni masa uruskan BKP sebab APDM pelajar SMK Tinjar tiada dalam data JPN. Aduh pening aku.. So, aku try la call Cikgu Salina, Pegawai Biasiswa. At last dapat jugak apply secara manual. Harap2 ada pelajar sekolah ni yang bernasib baik...


Apa2 pun, pengurusan bantuan murid ni banyak mengajar aku daripada segi pengalaman dan cara berurusan dengan pihak atasan. Sebelum cuti hari tu pun kena agihkan semula buku bank budak yang dah dapat biasiswa dulu..

Khamis, 15 November 2012

Lakaran Nostalgia

Lakaran Nostalgia

25 November 2010?? 5.25 petang?? Pentingkah tarikh dan waktu itu? Ya, tarikh dan waktu itu amat penting bagiku. Mengapa? Pada tarikh dan ketika itulah, diri ini, jiwa ini, kaki ini melangkah ke sebuah desa yang sudah pastinya mencorakkan seribu persoalan. Tinjar, Baram. Begitulah namanya. Gelaran sebagai seorang guru bermula di sini. Di desa yang mekar dengan rimbunan pepohon. Di tengah rimbunan itu berdiri sebuah mahligai pendidikan untuk mendidik anak bangsa yang kehausan ilmu. Mahligai itu bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Tinjar, Baram.
            Apabila aku mendapat maklumat dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melalui surat yang mengatakan penempatan aku sebagai guru di SMK Tinjar, Baram, aku memikirkan perkara yang bukan-bukan. Pada mulanya aku mengandaikan Kuala Baram. Hati aku terdetik kegembiraan. Aku berfikir, sekurang-kurangnya aku masih berada di Miri dan dekat dengan keluarga. Tetapi, sangkaanku meleset apabila “Kuala Baram” yang aku andaikan itu rupanya salah. Ah…. Apakah aku salah meneka? Ya, aku memang salah meneka. Biasalah mana ada manusia yang sempurna. Andaian aku mula menampakkan bibit-bibit silap apabila aku dan rakan-rakanku yakni Cikgu Akmal, Cikgu Afiq dan Cikgu Johairi dijemput oleh Cikgu Juren yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk ke Tinjar, pada mulanya, aku rasa pelik apabila jalan yang dituju bukannya ke Kuala Baram, tetapi ke arah Jalan Miri Bintulu. Kemudian, aku bertanya kepada Cikgu Juren. Adakah Baram yang ingin dituju itu sama atau tidak dengan Kuala Baram? Beliau mengatakan tidak sama. Oh.. suatu jawapan yang bukan setakat menenggelamkan mimpiku, malah membuatkan aku menjadi semakin panik.  
            Kini, semua mimpi ngeri itu telah terpadam dari angananku. Aku kian bersemangat untuk melakar impian menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mampu membina jati diri malah berupaya untuk mendidik aku agar terus mencintai bidang perguruan ini. Walaupun kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa,  kadang-kala aku diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, aku mungkin akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.  Dugaan dan ujian ini menjadikan aku kuat untuk menempuhi karier sebagai seorang guru. Aku percaya aku mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup ini. Jika mahu berjaya dan bergembira, aku harus mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya. Biarpun aku baru mengenali bidang perguruan, namun aku “jatuh hati” dengan kerjaya ini. Harapanku hanya satu iaitu ingin melihat anak-anak didikku mencintai ilmu dan keluar dari kepompong kemiskinan dan kecelaruan buat huruf supaya tidak terus menjadi warisan di kemudian hari.
            Akhir kata, maaf dipohon andai kata mengusik rasa, andai bicara tersilap menerpa, andai senyum tawar menguntum, andai tingkah salah menerjah, andai pandang salah mengundang, andai dengar salah beredar, andai tersentuh merungkai keluh.

Sekian...


Terima kasih Anak-anakku, 2 Dedikasi...

Tahun pertama jadi guru kelas, aku pegang 1D (2011). Tahun kedua pun 2D(2012). Walaupun kelas kedua hujung, tapi aku seronok melayan karenah diorg. Macam2 karenah ada. 2 Dedikasi sekarang bukan 100% 1Dedikasi yang asal. Sebab berlaku rombakan kelas dulu. Anyway, terima kasih ketua kelasku adik Chritina Jerampang n Penolongnya, adik Andrewson Dadon.


Terima kasih semuanya atas detik-detik indah bersama kamu pada tahun ini. Semoga semuanya menjadi kenangan terindah kita kelak..

Aku Warden Asrama..Suatu Pengorbanan..

Angananku untuk lebih mesra dengan para pelajar tercapai akhirnya apabila dilantik sebagai warden. Sebenarnya aku yang meng"offer" diri untuk menjadi warden sebab seronok tengok karenah budak2 ni.
Pada tanggal 15 Februari 2012, aku dilantik iaitu sehari sebelum hari jadiku.

Hampir 9 bulan aku mengerti makna "pengorbanan". Mungkin ia mengajar aku makna pengorbanan. Tapi aku suka. kerana apa? Sebab aku mampu berkhidmat untuk anak bangsaku sendiri..

Rumah Alfa tebus KEKECEWAAN!!!

Pada tanggal 11 - 13 Julai 2012, SMK Tinjar telah mengadakan sukan tahunan kali kedua. Pada tahun inilah rumah sukan yang aku terajui telah menebus kekecewaan tahun lepas sebab kalah dengan rumah Gamma. Kamilah juara keseluruhan tahun ini.








Terima kasih semuanya khas buat cikgu2 Rumah Alfa dan para pelajar yang bernaung di bawah rumah Alfa ni. Harapa tahun depan kita masih pegang lagi kejuaraan ni. Ok semua?

Tahun Keduaku sebagai Penyelaras Majalah...

2011, kali pertama aku menjadi Penyelaras Majalah 1 Wajah, satu lembaran warkah sekolah. sepanjang tahun mencari idea, konsep dan maklumat untuk menghasilkan majalah yang mungkin boleh menterjemahkan watak sekolah SMK Tinjar kepada dunia (mugkin). Terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang banyak membantu di sebalik pembikinan majalah 1 Wajah ni khasnya Cikgu Afiq, Cikgu Jo, Cikgu Akmal dan rakan-rakan guru yang lain.

Tidak lupa juga kepada orang kuatku yang sentiasa dikerah tanpa merungut, adik Kristy Alisya. Aku bangga ada seorang murid sepertinya yang benar2 berwibawa, patuh pada arahan. Begitu juga dengan kawan-kawan beliau yang lain.










Terima kasih semuanya.. Akan kukenang jasamu kamu semua..

Sayembara Puisi..suatu ketika...

Pada 24 Mac 2012, kumpulan Lemeting Aya yang dianggotai oleh adik Kristy Alisya, adik Elennie Udeng, adik Jonelis Avit, adik Leonard Eric, adik Yohannes Jalong dan dibantu oleh adik Mariana telah menyertai Pertandingan Sayembara Puisi peringkat Bahagian Miri. Kami datang mahu menimba pengalaman, bukan untuk menjadi juara. Kami mahu melihat cara sekolah lain bertanding. Walupun kalah, tapi anak-anak didikku ini mampu memberikan saingan.











Teringat aku kata-kata seorang guru pengiring sekolah lain, "anak-anak kecil, tetapi ada bakat".. Aaku puas hati. tak apalah anak-anak didikku, ada rezeki lagi, kita mengaum seperti orang lain jugak ok???